Nak Mulakan Bisnes Vending Machine? Patut Sewa, Beli, atau Guna Pelan RTO?

Industri Vending Machine di Malaysia pada hari ini melalui fasa inovasi yang sangat pantas. Ramai usahawan dan peniaga memilih untuk menceburi perniagaan tanpa operator atau automed retail sebagai salah satu cara untuk menghasilkan pendapatan pasif, meningkatkan keterlihatan jenama dan pengurusan kewangan. Tetapi bagi yang baru nak bermula, ini antara soalan yang selalu diajukan:

"Saya patut beli terus, sewa, atau guna pelan RTO (Rent-to-Own)?"

· knowledge
broken image

Beli Mesin Baru

Beli vending machine maksudnya mesin tersebut jadi milik anda sepenuhnya. Anda boleh kawal semua aspek melaluinya termasuklah jenis produk yang ingin dijual, strategi harga, pengurusan stok dan branding pada mesin tersebut.

Jika anda memang serius untuk uruskan perniagaan ini secara full-time dan mempunyai kewangan yang kukuh, membeli vending machine baharu berpotensi menjadi satu pelaburan yang berbaloi. Setiap keuntungan yang diperoleh melalui mesin itu menjadi milik anda sepenuhnya.

Namun, kos permulaan bagi sebuah vending machine baharu di Malaysia agak tinggi terutamanya bagi model terkini yang mempunyai skrin sentuh, pembayaran e-wallet dan sambungan capaian internet. Mengenai kos penyelenggaran, tak perlu risau kerana di Vendvision, kami menyediakan servis untuk maintenance setiap 4 bulan sekali. Tetapi jika berlaku sebarang kecemasan sebelum/ selepas tarikh penyelenggaraan dilakukan, pihak kami akan hantar bahagian teknikal dan operasi untuk membantu.

Senang cakap: Beli mesin baru sesuai untuk yang ada modal dan bersedia komited untuk jangka masa yang panjang.

Sewa Mesin

Kalau anda masih ‘try and error’ dan belum pasti lagi dengan lokasi atau jenis produk, sewa vending machine adalah jalan yang lebih selamat.

Dengan sewa, anda hanya bayar bulanan tanpa perlu keluar modal besar. Sesuai untuk mereka yang nak test market dulu. Banyak pakej sewaan juga datang dengan servis penyelenggaraan, jadi anda tak pening kepala kalau mesin rosak atau perlukan servis.

Kekurangannya? Mesin tu bukan milik anda. Lepas tamat kontrak, anda kena pulangkan. Dalam jangka masa panjang, bayaran sewa mungkin jadi lebih mahal berbanding beli. Anda juga mungkin ada limitasi dari segi branding atau ubah suai mesin.

Tapi untuk usahawan baru yang baru nak mula secara kecil-kecilan atau untuk projek jangka pendek, sewa adalah pilihan yang bijak.

Skim Sewa Beli (RTO)

Kalau anda tak mahu keluar modal besar, tapi masih nak ada mesin sendiri satu hari nanti, skim Rent-to-Own (RTO) adalah pilihan terbaik.

Dengan RTO, anda bayar ansuran bulanan (macam sewa), tapi selepas tempoh tertentu, mesin tu jadi milik anda. Anda boleh mulakan kecil-kecilan, kumpul pengalaman dan masih dapat menikmati keuntungan daripada penjualan vending machine sebelum capai pemilikan penuh.

RTO sangat popular di kalangan:

  • Pemilik premis seperti klinik, pejabat atau kondominium yang nak jana pendapatan pasif
  • Usahawan sambilan yang nak 'survey' dulu hasil sebelum scale-up
  • Syarikat pembersihan atau servis yang nak tambah side income dengan mesin layan diri
  • Individu yang serius nak mula bisnes vending jangka masa panjang, tapi nak mula dengan kos rendah

Mesin dalam pelan RTO Vendvision juga datang sekali dengan VendBi Software dimana sebuah sistem pemantauan pintar yang boleh akses data jualan, stok, dan status mesin secara real-time dari phone anda. Aplikasi tersebut membantu untuk memudahkan operator untuk menguruskan stok, melihat keuntungan dan mengenalpasti jika mesin dalam masalah.

Secara ringkas, RTO = fleksibel, rendah risiko dan bina aset sendiri secara berperingkat.

Masih Keliru? Tanya Soalan Ini Dulu:

  • Saya ada bajet untuk beli terus atau perlukan pelan ansuran?
  • Saya nak cuba lokasi dulu atau dah pasti dengan lokasi vending saya?
  • Saya ada masa dan tenaga nak uruskan servis dan baik pulih?
  • Saya nak buat bisnes ni secara serius jangka panjang?

Hubungi kami di SINI dan team kami akan bantu anda untuk membuat keputusan.